Monday, February 21, 2011
Peranan Guru LINUS dan Pengoperasian Program LINUS
1. Peranan Guru LINUS:
i. Mengikuti kursus LINUS
ii. Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru
iii. Melaksanakan Saringan 1,2 dan 3 bagi Lisan dan Tulisan
iv. Mengumpul data dan mengenalpasti murid LINUS
v. Melaksanakan Diagnostik dan menganalisa dapatan Ujian Diagnostik
(Rujuk Lampiran 3a : Bahasa Melayu dan Lampiran 3b : Matematik)
vi. Mentadbir kelas dengan baik
vii. Sentiasa mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS
viii. Melaksanakan Diagnostik (Rujuk Lampiran 3a : Bahasa Melayu dan Lampiran 3b : Matematik)
ix. Menfailkan data
x. Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
2. Peranan Guru Matematik/Guru Bahasa/Guru Pemulihan:
i. Mengikuti kursus dalaman LINUS
· Dikendalikan oleh guru LINUS
ii. Membantu melaksana dan menyelaras Saringan 1 pada bulan Mac
iii. Mengenal pasti murid-murid LINUS yang tercicir dalam arus perdana
iv. Membantu guru LINUS secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan bahan bantu mengajar untuk murid LINUS
v. Membantu guru LINUS untuk mengenal pasti murid LINUS tegar
vi. Merancang jadual waktu untuk murid LINUS tegar
vii. Mengajar murid LINUS tegar
viii. Menjalankan Ujian Diagnostik untuk murid LINUS tegar
3. Peranan Pentadbir Sekolah:
i. Mengenal pasti dan melantik guru LINUS
ii. Membentuk Jawatankuasa Kerja di sekolah –letak dalam fail dan pamerkan di pejabat dan bilik guru. (Rujuk Lampiran 4)
iii. Melantik AJK Kerja LINUS (Surat Lantikan)
iv. Menyediakan fail
1. Fail Induk
- Carta Organisasi
- Ahli Jawatankuasa
- Minit Curai
- Laporan
- Minit Mesyuarat
- Carta Proses Kerja
2. Fail Keputusan Saringan
- Analisa Keputusan Saringan
- Borang Skor Individu murid LINUS
3. Fail Murid
4. Fail Konsep
v. Membuat perancangan tahunan – setiap sekolah mesti ada
vi. Mencetak soalan saringan
vii. Menghantar analisis keputusan saringan pada akhir bulan Mac, Jun dan September kepada PPD
viii. Memantau pelaksanaan program LINUS di sekolah sendiri dan menjalankan tindakan susulan
ix. Memberi motivasi kepada guru LINUS
x. Bekerjasama dengan erat antara pentadbir dan ibu bapa/PIBG
4. Penyeliaan/Pemeriksaan Peringkat sekolah
i. Guru Besar
ii. Guru Penolong Kanan
iii. Ketua Panitia
Menjalankan pemeriksaan pelaksanaan LINUS, pentadbiran kelas, proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Dokumentasi
i. Fail Induk
· Ahli Jawatankuasa program LINUS (Rujuk Lampiran 4)
· Minit Curai (Rujuk Lampiran 9)
· Laporan Kursus Dalaman
· Minit Mesyuarat
· Takwim (Rujuk Lampiran 5)
· Surat Pekeliling LINUS – punca kuasa
ii. Fail Data
· Borang Pelaporan Prestasi Individu murid LINUS (Lampiran 10a: Literasi dan Lampiran 10b : Numerasi)
· Analisis Keputusan Ujian, Periksaan dan Saringan (Rujuk Lampiran 10c)
iii. Fail Murid
· Borang Maklumat Peribadi murid LINUS (Dicetak dari Sistem Maklumat Murid)
iv. Bahan-bahan LINUS
· Modul Guru
· Modul Murid
· Soalan-soalan Saringan
Program ini hanya akan mencapai objektif sekiranya semua pihak yang terlibat memberi kerjasama sepenuhnya di samping mengikuti Garis Panduan yang ditetapkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I have read your blog its very attractive and impressive. Nice information. It helped me alot.
ReplyDeleteOrganiic Oil is very useful. It improve complexion and skin tone
natural oil
ayurvedic oil store in jaipur